USAHA HAWA DALAM MEMBANTU GOLONGAN SUSAH TERCAPAI APABILA MENDAPAT KERJASAMA OLEH PENERBITAN PROGRAM BERSAMAMU TV3. PENGERUSI PN. NIK ROZANA DAN TIMBALAN PENGERUSI PN. HAMIZAH DIBERI PELUANG MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA SEBUAH KELUARGA yang disiarkan melalui tv3
PERSATUAN HARAPAN WANITA DAN ARMALAH KELANTAN
Melaksanakan program-program bagi membangun keperibadian rohani dan jasmani wanita, membuka peluang perniagaan dan meningkatkan taraf konomi wanita terutamanya golongan ibu-ibu tunggal di Kelantan. Kami turut menyalurkan bantuan zakat dan bantuan kepada yang memerlukan
Friday, 29 July 2011
Monday, 4 July 2011
LOGO PERSATUAN HAWA
- Bentuk Muka – melambangkan ciri-ciri bentuk muka wanita di mana setiap ahli dalam HAWA adalah terdiri daripada kaum wanita.
- Sebanyak 6 cabang di kepala seperti rambut yang mengerbang adalah simbol pelbagai cabang pemikiran dan halatuju yang dipelopori oleh kaum Hawa di dalam masyarakat iaitu di dalam bidang sosial, ekonomi, politik, keagamaan, kebajikan dan kekeluargaan.
- Warna ungu di pilih kerana ungu adalah melambangkan ketenangan dan kelembutan yang menjadi lumrah wanita HAWA yang penuh dengan kelembutan, kesabaran dan tabah menempuh setiap cabaran kehidupan.
Monday, 6 June 2011
TERIMA KASIH RHB ISLAMIC BANK BERHAD
PERSATUAN HAWA MENERIMA SUMBANGAN SEBANYAK RM 2,500 DARI RHB ISLAMIC BANK BERHAD SEMASA PROGRAM KARNIVAL RHB BANK DI USM KUBANG KERIAN.
Pengerusi HAWA, Pn. Nik Rozana Menerima replika cek
Bersama penerima sumbangan lain
SELAIN ITU, RHB BANK JUGA MEMBERI LOT GERAI KARNIVAL PERCUMA KEPADA HAWA BAGI MEMJUAL PRODUK AHLI HAWA DAN MEMPROMOSI HAWA KEPADA ORANG RAMAI
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada jodoh yang panjang
Boleh kita berkerjasama lagi
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada jodoh yang panjang
Boleh kita berkerjasama lagi
Daun selasih daun keladi,
Terima kasih berilah lagi ..
Thursday, 2 June 2011
FOKUS HAWA
HAWA kini berehat dari menganjur atau menghadiri program. Hal ini adalah untuk memberi tumpuan dalam kerja-kerja admin, penyelarasan pentadbiran, kewangan dan perlembagaan persatuan.
Namun, HAWA masih fokus terhadap program akan datang seperti pemberian zakat pada bulan Ramadhan dan Majlis sambutan Hari Raya... Sama-samalah kita berdoa agar ada pihak menyalurkan dana serta sumbangan untuk beberapa saluran seperti anak-anak yatim dan ibu tunggal.
Namun, HAWA masih fokus terhadap program akan datang seperti pemberian zakat pada bulan Ramadhan dan Majlis sambutan Hari Raya... Sama-samalah kita berdoa agar ada pihak menyalurkan dana serta sumbangan untuk beberapa saluran seperti anak-anak yatim dan ibu tunggal.
Wednesday, 25 May 2011
PERTANDINGAN MEMASAK ADABI
HAWA BOLOT HADIAH PERTANDINGAN MEMASAK !!
SEMPENA KARNIVAL RHB ISLAMIC BANK BERHAD DI USM KUBANG KERIAN, ADABI MENGANJURKAN PERTANDINGAN MEMASAK. HAWA TELAH MENGHANTAR 5 WAKIL UNTUK BERTANDING YANG TERNYATA TIDAK MENGECEWAKAN.
KATEGORI NASI GORENG: JUARA DAN KETIGA
KATEGORI LAUK : JUARA DAN NAIB JUARA
Tuesday, 24 May 2011
PERASMIAN BENGKEL HAWA, PASIR MAS
21 MEI 2011 (sabtu), BENGKEL HAWA DI KUBANG PANJANG LEMAL DIRASMIKAN OLEH YB CHE ABDULLAH, EXCO SUK KELANTAN. MAJLIS DIHADIRI KIRA-KIRA 200 TURUT DISELITKAN DENGAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM, IBU TUNGGAL, WARGA EMAS DAN OKU. SELAIN ITU, HAWA TURUT MENYERAHKAN PERMOHONAN MEMBUKA SATU LAGI BENGKEL DI KOTA BHARU
YB CHE ABDULLAH menyampaikan sumbangan
40 hamper untuk anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan OKU
Ahli jawatankuasa HAWA bersama tetamu kehormat
AHLI JAWATANKUASA HAWA
Subscribe to:
Posts (Atom)